MACAM-MACAM

Dalam dua tiga minggu ni aku terlalu banyak dugaan dan berita sedih yang terpaksa diterima. Entahlah. Aku sentiasa tabahkan hati ini.

Pertama semestinya tawaran debat di Singapura yang terpaksa dilupakan akibat keleewatan pemberitahuan dan masalah lain jugalah. Maka aku terpaksalah tolak.

Lepas tu, sudah semestinya berkaitan hati dan perasaan. DItembak kali kedua sememangnya sesuatu yang tidak dijangka. Adakah aku dikhianati atau tidak juga tidak dapat dipasti, kerana insan itu menyepi. Dahulu aku dapat mencari sebab dan puncanya, namun kali ini tidak ketahuan oleh ku. Pening..

2 dah pertandingan debat tidak dapat aku sertai. Debat integriti dan debat Arau. Arghhh, bosannya hidup tidak berdebat. Nak jumpa si dia juga malu rasanya. Hahahha.

Yang gembira pula.

Satunya semestinya kejayaan adik-adik aku dalam debat integriti tempoh hari. Sekadar naib johan menunjukkan banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Jangan pernah kita ulangi lagi kesilapan di  pentas tempoh hariu.

Keduanya sudah semestinya dengan kerjaya guru yang sedang aku lalui. Ahahahha. Sebagai bakal pendidik yang merasa riuh rendah budak dan pelajar serta guru yang tak pernah lekang dari membeli belah dan berjual beli ianya pengalaman untuk kami semua.

Lagi apa eh nak dikongsi? Cukuplah setakat ini. Lain kali aku sambung kembali. Moga kita semua berjumpa lagi, dan apa yang penting hiburkanlah hati untuk menceriakan diri.

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: